SPM Result 2005

March 12th, 2006 by mdms

12.09pm, 13 March 2006 - Received a call from my brother…guess what? He told me about his result..Alhamdulillah, he got much, much, much better than me …

—–> 10 A, 1 B (9A1, 1A2 & 1B3) <—–

Now, I’m thinking of what to buy for him…he requested last year that he wanted Creative Zen MP3 player…so, have to search the one that within budget…

Btw, what to do next? Planning for his future..filling up forms for his tertiary education…and suit his interest: Chemical Engineering…

CONGRATS BRO!!!

10 SEKSAAN

January 18th, 2006 by mdms

SEPULUH jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW ketika melalui peristiwa Israk dan Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

Dalam perjalanan itu, antaranya Baginda diperlihatkan

Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.
Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Seksaan lain yang diperlihatkan Baginda ialah perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Baginda juga melihat bagaimana perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Ada pula perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan
tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Selain itu, Baginda melihat perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Baginda juga melihat perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Seksaan lain yang dilihat Baginda ialah perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

Ada pula perempuan yang Baginda nampak yang rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Aku Bersyukur Kepada Allah Kerana…..

January 18th, 2006 by mdms

Untuk renungan kita bersama… Insyallah.

Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara “middle east”. orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dandi fikirkan bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golonggan seperti dalam manusript dibawah. Amin

Seorang nasrani berkata, ” saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi.

Seorang majusi pula berkata, “saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir.

Cuba kita meneliti dua perbualan diatas,kita dapati,kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir… cuba kita lihat pula apa orang kafir kata…

Seorang kafir pula berkata, “saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing.

Anjing pula berkata, ” saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing.

Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi.

Mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia…

Babi pula berkata, “saya juga bersyukurkepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat”.

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman… adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar…

Maha suci ALLAH.

Cara Pemakanan Untuk Kesihatan Mengikut Ahli Perubatan Islam

January 16th, 2006 by mdms
  • Makan hanya apabila rasa lapar.
  • Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.
  • Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…’
  • Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan wujudnya aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan, ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
  • Tinggalkan kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu tenang.
  • Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
  • Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
  • Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
  • Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makanan segar. Suri rumah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
  • Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makanan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
  • Pastikan dapur bersih daripada pembiakan kuman dan menutup makanan daripada terdedah bagi mengelak .
  • Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan.’

Konvokesyen

August 26th, 2005 by mdms

D2x_0440i

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama rasenye x post something kt cni. Alhamdulillah, akhirnya impian tercapai jugak pada 21 Ogos yang lalu. Konvokesyen UTP kali ke-5 dah pun berakhir dan secara rasminya ‘graduated’ from UTP. Terima kasih utk umi, abah & adik2 yang byk bagi sokongan dan perangsang utk kejayaan ini.

Tahniah kepada semua yang menerima ijazah masing2 pada hari tu especially to my housemate: Wakju, Big, Hadi, Apau, Mon, Tomok, Badoq; dan to ex-hosusemate: Mike, Melhero, Etok, Zaem ‘Dewa’, Al-Hafiz ‘Bedal’, Gdee, Joe, Tat, Walat, Pak Tua, Azat, Mat Yo, Sono, Cilop, Parc Arm; dan sape2 yg x dpt aku nk sebut kt cni…

Lepas ni semua dgn haluan masing2..sibuk dgn kerjaya & tanggungjawab…ape2 pun…yg penting, x lost contact…

Terima kasih to all my lecturers for contributing to my success. It was a surprise to be awarded Second Place for Final Year Project Award and Silver for Rector’s Award. Semuanya hasil kerjasama semua pihak including lecturers and my colleagues. Thanks again.

Dcp_7384 Dcp_7385 Dcp_7386 Dscn7343 Dscn7333 Dcp_7364 Pict2070_1

Pict2076

Pict2055

Ilyanies La Casa of Beauty

May 28th, 2005 by mdms

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum,

Ni post ke-2 utk hari Ahad ni…
as a start..nk promote la ckit kt cni…

jemput2 la dtg ke salun ibuku, salun kecantikan & kesihatan Ilyanies La Casa of Beauty..tak jauh dekat je, kt Taman Seri Gombak..

so pada sape2 yg rasa nk jaga kesihatan & kecantikan tu..jgn segan, jgn malu2..
tp utk PEREMPUAN saje ek..utk laki2 xde lg…

nak tau address die? just refer to the Ad below; till then…

BUBYE!!

Iklan_bestari_resize_resize

Renungan…

May 28th, 2005 by mdms

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku