Cara Pemakanan Untuk Kesihatan Mengikut Ahli Perubatan Islam
- Makan hanya apabila rasa lapar.
- Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.
- Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…’
- Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan wujudnya aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan, ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
- Tinggalkan kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu tenang.
- Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
- Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
- Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
- Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makanan segar. Suri rumah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
- Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makanan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
- Pastikan dapur bersih daripada pembiakan kuman dan menutup makanan daripada terdedah bagi mengelak .
- Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan.’
This entry was posted
on Monday, January 16th, 2006 at 5:41 pm and is filed under Food and Drink.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.
You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.